292 tempatan 1 import

PUTRAJAYA: Sebanyak 293 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari 4 Oktober 2020 menjadikan jumlah kes sebanyak 12,381 dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,961 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia melibatkan 292 kes tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

KKM juga maklumkan terdapat 67 kes yang telah pulih menjadikan jumlah

kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10, 283 iaitu 83.05 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, terdapat 28 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian baharu melibatkan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19  adalah sebanyak 137 kes (1.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Related posts

Leave a Comment