309.687 akaun air terjejas

 

ANGKARA siapa pula kali ini? Berapa hari pula, gangguan bekalan air akan berlaku?

Apa yang pasti, 274 kawasan dari empat wilayah di Selangor melibatkan 309,605 akaun pengguna terjejas.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan pihaknya mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai dikesan di Sungai Semenyih dan Sungai Langat. Bau itu dikesan kira-kira pukul 4.30 petang Ahad.

Empat wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas.

Penutupan loji tersebut terpaksa dibuat ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji itu.

Related posts

Leave a Comment