Indonesia catat 303,498 kes

KES positif Covid-19 di Indonesia melepasi angka 300,000 selepas mencatatkan 3,992 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia hari ini , 4 Oktober, kes positif keseluruhan kini mencecah 303,498 kes, manakala 139,401 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 96 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 11,151 orang.

Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 78,850 kes, dengan tambahan 1,398 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,280 orang, diikuti Jakarta (1,755), Jawa Tengah (1,444) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 228,453 berikutan 3,401 lagi pesakit dilaporkan sembuh

Related posts

Leave a Comment