Filipina mendahului Indonesia

INDONESIA mencatatkan 3,507 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 225,030 kes. Data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, menunjukkan sebanyak 99,634 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam 14 September sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 124 lagi kematian disahkan, menjadikan jumlah kumulatif kini 8,965 orang. Jakarta, yang dikenakan semula peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula semalam, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 56,175 kes, dengan tambahan 1,076 kes baharu. Provinsi Jawa…

Read More

Makkah, Madinah mendahului

DUA Tanah Suci dan Jeddah mencatatkan kes harian yang tinggi ketika jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang turun sejak beberapa hari lalu di Arab Saudi kembali menunjukkan peningkatan pada hari ini, 15 September. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kes positif yang dicatatkan hari ini Selasa, 15 September adalah 672 berbanding 607 kes semalam (Isnin), 601 (Ahad), 643 (Sabtu), 687 (Jumaat) dan 708 (Khamis). Secara keseluruhan, jumlah terkumpul kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi setakat ini adalah sebanyak 326,930. Daripada 672 kes yang dilaporkan hari ini, Makkah merekodkan 62 kes berbanding 73…

Read More

PKP semula jika kes mendadak

PERDANA Menteri,  Muhyiddin Yassin  memberi peringatan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan semula sekiranya kes Covid-19 di dalam negara meningkat dengan mendadak. Katanya,  jika PKP dilaksanakan semula, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara. “Kita tidak boleh ke mana-mana dan tinggal di rumah sahaja seperti yang sedang dikuatkuasakan di Kota Setar, Kedah pada masa ini. Nauzubillah,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas berkaitan situasi semasa Covid-19 di dalam negara, malam ini. Kerajaan juga tidak teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes baharu yang tinggi. Justeru Muhyiddin mengingatkan…

Read More

Kluster Pulau di Kunak

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan satu kluster baharu dikenalpasti di Kunak, Sabah. Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9940) adalah seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 68 tahun. Beliau ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Kunak, dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati. Saringan Covid-19 mendapati positif pada 13 September 2020 dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), lapan lagi kes positif telah dikesan.…

Read More

PKPD 12,885 sudah disaring

KEMENTERIAN Kesihatan menganggarkan 15,000 individu untuk disaring dari 10 mukim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar mulai 11 September sehingga 25 September 2020. Sepuluh kawasan yang  dikenalpasti berisiko tinggi adalah: • Pumpong • Alor Merah • Alor Malai • Derga • Kuala Kedah • Pengkalan Kundor • Kota Setar • Langgar • Titi gajah • Mergong Sehingga 15 September 2020, sebanyak 12,885 warganegara Malaysia telah disaring, iaitu 11,757 individu negatif dan 1,128 individu masih menunggu keputusan. Bagi PKPD secara pentadbiran di tiga zon dalam…

Read More

23 kes: 13 tempatan, 10 import

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 23 lagi kes baharu positif Covid-19 sehingga 12 tengah hari ini,  Selasa 15 September yang melibatkan 13 kes jangkitan dalam negara dan 10 kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,969 kes di mana jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 632 kes. Daripada 13 penularan dalam negara, lapan kes dilaporkan dalam Kluster Baharu iaitu Kluster Pulau di Sabah, empat kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD). Manakala satu kes melibatkan seorang…

Read More

Lima lagi kerbau mati

LIMA lagi kerbau milik keluarga Muhammad Syukur di Kampung Banggol Katong mati pagi ini manakala enam dikesan mempunyai simptom yang agak kritikal. Lebih menyedihkan ada anak kerbau yang baru berusia sebulan masih menyusu dari ibunya yang sudah mati. Bapa Muhammad Syukur, Khamis Jusoh, berkata pihaknya buntu bagaimana hendak mengasingkan kerbau yang masih sihat seperti disarankan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu. Katanya sukar untuk dikuarantin kerana kekangan tempat dan masa. Beliau amat berharap kerbau yang masih sihat ini boleh diselamatkan dengan kepakaran dan kemahiran JPV, tetapi reda dengan takdir Allah. Semalam…

Read More

Kadar asal elaun dikembalikan

KERAJAAN Negeri Selangor mengembalikan semula kadar elaun petugas masjid dan surau seperti yang diberikan sebelum ini, kata Menteri Besar Amirudin Shari. Dalam satu kenyataan, beliau berkata Kerajaan Negeri akan menanggung pelarasan tersebut dengan implikasi kewangan berjumlah RM3 juta. Beliau menjelaskan perkara itu selepas tular mengenai pemotongan elaun petugas masjid dan surau di negeri itu. Katanya, pagi ini, beliau menerima taklimat daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhubung pelarasan elaun berkenaan yang sedang ditularkan. Menurut beliau, elaun tambahan petugas masjid yang dibayar…

Read More

29 juta kes, 925,947 kematian

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 29 juta, dengan pertambahan kira-kira 300,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Data Johns Hopkins University sehingga 7.30 pagi ini 15 September menunjukkan, jumlah kematian pula meningkat kepada 925,947 orang sementara kes pulih sebanyak 19,681,709. Daripada 29,145,068 kes, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 6,550,629 kes diikuti India 4,846,427, Brazil 4,330,455 dan Rusia 1,064,438. Peru merekodkan 729,619 kes, Colombia 716,319, Mexico 668,381, Afrika Selatan 650,749, Sepanyol 593,730 dan Argentina 555,537. Tiga negara merekodkan lebih 400,000 kes iaitu Chile 436,433, Perancis 425,648 dan Iran 404,648.…

Read More