PKPD 12,885 sudah disaring

KEMENTERIAN Kesihatan menganggarkan 15,000 individu untuk disaring dari 10 mukim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar mulai 11 September sehingga 25 September 2020.

Sepuluh kawasan yang  dikenalpasti berisiko tinggi adalah:

• Pumpong

• Alor Merah

• Alor Malai

• Derga

• Kuala Kedah

• Pengkalan Kundor

• Kota Setar

• Langgar

• Titi gajah

• Mergong

Sehingga 15 September 2020, sebanyak 12,885 warganegara Malaysia telah disaring, iaitu 11,757 individu negatif dan 1,128 individu masih menunggu keputusan.

Bagi PKPD secara pentadbiran di tiga zon dalam Amanjaya, seramai 13,591 penduduk telah disaring sehingga 15 September 2020, yang terdiri daripada;

• 13,526 wargangara

• 65 bukan warganegara

Daripada jumlah keseluruhan saringan, 16 kes Covid-19 dalam kalangan warganegara Malaysia telah dikesan, termasuk 13 kes saringan kali kedua di Zon Melur. Susulan itu, PKPD secara pentadbiran di Zon Melur telah dilanjutkan sehingga 27 September bagi membendung penularan Covid-19).

Related posts

Leave a Comment