29 juta kes, 925,947 kematian

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 29 juta, dengan pertambahan kira-kira 300,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Data Johns Hopkins University sehingga 7.30 pagi ini 15 September menunjukkan, jumlah kematian pula meningkat kepada 925,947 orang sementara kes pulih sebanyak 19,681,709.

Daripada 29,145,068 kes, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 6,550,629 kes diikuti India 4,846,427, Brazil 4,330,455 dan Rusia 1,064,438.

Peru merekodkan 729,619 kes, Colombia 716,319, Mexico 668,381, Afrika Selatan 650,749, Sepanyol 593,730 dan Argentina 555,537.

Tiga negara merekodkan lebih 400,000 kes iaitu Chile 436,433, Perancis 425,648 dan Iran 404,648.

United Kingdom (UK) merekodkan 373,553, Bangladesh 339,332, Arab Saudi 326,258 dan Pakistan 302,020.

Enam negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Iraq 294,478, Turki 292,878, Itali 288,761, Filipina 265,888,  Jerman 263,222 dan Indonesia 221,523.

Negara yang merekodkan lebih 100,000 kes adalah Ukraine 160,679, Israel 160,368, Kanada 139,337, Bolivia 126,791, Qatar 121,975, Ecuador 118,911, Kazakhstan 106,855, Romania 104,187, Republik Dominica 104,110, Panama 101,745 dan Mesir 101,009.

AS juga mendahului kes kematian dengan merekodkan 194,411, Brazil  131,625, India 79,722, Mexico 70,821, UK 41,726, Itali 35,624, Perancis  30,958 dan Peru 30,710 .

Sepanyol 29,848, Iran 23,313, Colombia 22,924, Rusia 18,573, Afrika Selatan 15,499, Chile 12,013, Argentina  11,412 dan Ecuador 10,922.

Bagi kes sembuh, India mendahului dengan 3,780,107, Brazil 3,723,206, AS 2,450,184, Rusia 876,152, Colombia 599,385, Afrika Selatan 579,289, Peru 566,796, Mexico 557,381, Argentina 428,953, Chile 407,725, Iran 348,013 dan Arab Saudi 303,930.

Pakistan 289,806, Turki 260,058, Bangladesh 243,155, Jerman 234,017, Iraq 229,132, Itali 213,950, Filipina 207,504, Indonesia 158,405, Sepanyol 150,376, Kanada 122,598, Qatar 118,931, Israel 118,570 Israel dan Kazakhstan 100,627.

Related posts

Leave a Comment