Kluster Pulau di Kunak

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan satu kluster baharu dikenalpasti di Kunak, Sabah. Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9940) adalah seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 68 tahun.

Beliau ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Kunak, dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati.

Saringan Covid-19 mendapati positif pada 13 September 2020 dan kini sedang

dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), lapan lagi kes positif telah dikesan.

Kesemua kes merupakan ahli keluarga kes indeks. Sehingga 15 September 2020, sejumlah 128 individu telah disaring dalam kluster ini yang terdiri daripada 109 warganegara dan 19 bukan warganegara.

Daripada jumlah ini:

• 9 kes dikesan positif COVID-19;

• 18 individu negatif; dan

• 101 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster ini giat dijalankan di lapangan.

Related posts

Leave a Comment