Kes di Filipina 228,403 kes

FILIPINA merekodkan 1,987 kes baharu setakat pukul 4 petang 3 September menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 228,403 kes di mana 65,240 kes aktif. Jabatan Kesihatan (DoH) juga memaklumkan sebanyak 65 kematian dilaporkan yang membawa kepada 3,688 pesakit meninggal dunia setakat ini. Bagi kes sembuh pula, 880 kes lagi pulih yang menjadikan jumlahnya meningkat kepada 159,475 atau 69.8 peratus. Sementara itu, THAILAND melaporkan jangkitan tempatan pertama Covid-19 selepas 100 hari setelah seorang banduan diuji positif di sebuah penjara di Bangkok. Lelaki berusia 37 tahun itu diuji positif semalam semasa melakukan ujian rutin. Dia dibawa ke hospital…

Read More

3,622 kes baharu Indonesia

INDONESIA merekodkan 3,622 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu mencecah 184,268 kes. Data Pasukan Bertindak bagi Menangani Covid-19 Indonesia menunjukkan setakat pukul 12 tengah hari pada Khamis (3 September) sebanyak 2,084 orang dilaporkan pulih, menjadikan jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya 132,055 orang. Pada masa yang sama, 134 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebanyak 7,750 orang. Kematian tertinggi adalah di Jawa Timur dengan 34 kes menjadikan jumlah 2,459 diikuti Kalimantan Timur 27 kes menjadi 192 kasus, Jawa Tengah 18 kes meningkat 1.061 kes,…

Read More

Singapura 43 kes, Brunei 1

SINGAPURA melaporkan 48 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di republik itu sebanyak 56,908. Terdapat dua kes dalam komuniti, seorang merupakan penduduk tetap Singapura manakala seorang lagi pemegang pas kerja. Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura memaklumkan terdapat lima kes import yang semuanya diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura. Menerusi data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 913 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,220  kes dalam komuniti dan 53,727 melibatkan penghuni asrama. Sebanyak 41 kes dikeluarkan daripada jumlah kes yang disahkan kerana didapati negatif Covid-19 setelah siasatan lanjut. Sebanyak 55,891 pesakit pulih sepenuhnya sementara 75 kes masih…

Read More

Arab Saudi catat 833 kes

ARAB Saudi merekodkan sedikit kenaikan kes baharu Covid-19 hari ini, Khamis 3 September dengan catatan 833 kes berbanding 816  semalam dan 898 kes pada Selasa. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan adalah 318,319 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 3,982 orang selepas 26 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Kes aktif pula 20,373 di mana 1,495 kritikal. Daripada 833 kes baharu itu, kota suci Makkah dan Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 82 dan 74 kes. Ini diikuti Dammam yang merekodkan 48 kes Hufof 46, Dhahran…

Read More

Kluster Tawar, Bunga, Telaga

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pertambahan kes bagi Kluster Tawar, Kluster Bunga dan Kluster Telaga. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes baharu dicatatkan bagi Kluster Tawar di Kedah di mana dua kes dikesan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran. Ia menjadikan jumlah kes positif sebanyak 78 kes bagi Kluster Tawar. “Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 18,164 orang telah disaring dalam kluster ini. Di Kedah seramai 17,619 individu telah disaring, 67 dikesan Positif COVID-19. “Manakala 17,415 individu negatif…

Read More

6 kes Kluster Benteng LD

PUTRAJAYA: Empat banduan di Penjara Tawau yang mempunyai sejarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan mempunyai kontak rapat dengan kes indeks adalah antara enam kes baharu Kluster Benteng Lahad Datu (LD). Kesemua banduan itu kemudian telah pulang ke Penjara Tawau pada 28 Ogos lalu seterusnya menjangkiti dua lagi banduan baharu di penjara berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes positif baharu didapati tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Tawau. Sehingga kini, seramai 336 orang telah disaring daripada kluster itu dan daripada jumlah itu, 14…

Read More

14 kes : 10 tempatan, 4 import

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 14 kes baharu positif Covid-19  yang melibatkan 10 kes jangkitan dalam negara dan empat kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini, 3 September 2020 memaklumkan, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah sebanyak 9,374 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 163 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 10 jangkitan dalam negara, enam kes melibatkan warganegara tempatan manakala empat kes bukan warganegara. Sehingga kini, terdapat empat kes positif Covid-19 yang sedang dirawat…

Read More

Rakyat lebih 20 negara dilarang

KERAJAAN tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke negara ini mulai 7 September ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Imigresen (JIM), Perintah sekatan itu akan berkuatkuasa bersekali dengan tiga buah negara iaitu Indonesia, India dan Filipina yang diumumkan pada Selasa lalu. Beliau berkata antara negara dalam senarai sekatan itu ialah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom (UK), Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia dan Bangladesh. Jelasnya, sekatan…

Read More

Tubuh RCI Musang King

  _*KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA*_ 1. Isu pencerobohan tanah haram dan dusun durian Musang King ibarat letupan petir yang menggegar rakyat seluruh negara. 2. Ia melibatkan tanah ribuan hektar yang diteroka secara haram berpuluh tahun lamanya. Sudah pasti kerajaan negeri telah kehilangan cukai atau pendapatan yang sudah pasti beratus juta ringgit. 3. Yang anehnya sudah ada laluan masuk ke tanah tersebut dan kenderaan lalu lalang sudah begitu lama tapi tidak ada apa-apa tindakan. Apa peranan Jabatan Hutan, Majlis Daerah malah Penghulu atau Ketua Kampung selama ini? Kenapa Jabatan Hutan…

Read More