6 kes Kluster Benteng LD

PUTRAJAYA: Empat banduan di Penjara Tawau yang mempunyai sejarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan mempunyai kontak rapat dengan kes indeks adalah antara enam kes baharu Kluster Benteng Lahad Datu (LD).

Kesemua banduan itu kemudian telah pulang ke Penjara Tawau pada 28 Ogos lalu seterusnya menjangkiti dua lagi banduan baharu di penjara berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes positif baharu didapati tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga kini, seramai 336 orang telah disaring daripada kluster itu dan daripada

jumlah itu, 14 kes dikesan positif Covid-19, manakala 123 individu negatif dan 199 individu masih menunggu keputusan.

Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan 121 orang banduan, 83 orang kakitangan penjara, 68 orang ahli keluarga kakitangan dan banduan.

Selain itu, 61 anggota polis dan tiga orang pegawai agensi kerajaan yang lain turut menjalani ujian.

Related posts

Leave a Comment