Kluster Tawar, Bunga, Telaga

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pertambahan kes bagi Kluster Tawar, Kluster Bunga dan Kluster Telaga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes baharu dicatatkan bagi Kluster Tawar di Kedah di mana dua kes dikesan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran.

Ia menjadikan jumlah kes positif sebanyak 78 kes bagi Kluster Tawar.

“Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 18,164 orang telah disaring dalam kluster ini. Di Kedah seramai 17,619 individu telah disaring, 67 dikesan Positif COVID-19.

“Manakala 17,415 individu negatif dan 137 masih menunggu keputusan. Di Pulau Pinang, saringan kekal 534 individu, 111 daripadanya dikesan positif Covid-19 dan 523 masih menunggu keputusan,” katanya.

KLUSTER BUNGA

Kluster Bunga mencatatkan dua lagi kes baharu di Negeri Sembilan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak enam kes setakat ini.

Sehingga 3 September 2020 pukul  12 tengah hari, di Negeri Sembilan, seramai 55 orang telah disaring dalam kluster ini.

Sebanyak 41 individu telah disaring di mana dua kes dikesan positif Covid-19, 34 individu negatif dan lima lagi masih menunggu keputusan.

Di Selangor, seramai 10 individu telah disaring, empat daripada dikesan positif dan enam negatif manakala di Terengganu, empat individu disaring dan disahkan negatif.

KLUSTER TELAGA

Satu kes baharu dicatatkan pada Khamis menjadikan jumlah kes positif sebanyak tujuh kes setakat ini.

Sehingga 3 September 2020 pukul 12 tengah hari, seramai 2,089 orang telah disaring.

Di Kedah, seramai 2,083 disaring, tujuh daripada kes dikesan positif, 1401 individu negatif dan 675 masih menunggu keputusan.

Di Pulau Pinang Enam individu telah disaring, satu daripadanya negatif dan lima lagi masih menunggu keputusan.

Sehingga kini, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.

Related posts

Leave a Comment