Arab Saudi catat 833 kes

ARAB Saudi merekodkan sedikit kenaikan kes baharu Covid-19 hari ini, Khamis 3 September dengan catatan 833 kes berbanding 816  semalam dan 898 kes pada Selasa.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan adalah 318,319 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 3,982 orang selepas 26 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Kes aktif pula 20,373 di mana 1,495 kritikal.

Daripada 833 kes baharu itu, kota suci Makkah dan Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 82 dan 74 kes.

Ini diikuti Dammam yang merekodkan 48 kes Hufof 46, Dhahran 45, Riyadh 37, and Jeddah 31.

MoH juga mengumumkan 1,454 lagi pesakit pulih yang menjadikan jumlah kes pulih setakat ini sebanyak 293,964 kes atau  92.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes..

Related posts

Leave a Comment