3,622 kes baharu Indonesia

INDONESIA merekodkan 3,622 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu mencecah 184,268 kes.

Data Pasukan Bertindak bagi Menangani Covid-19 Indonesia menunjukkan setakat pukul 12 tengah hari pada Khamis (3 September) sebanyak 2,084 orang dilaporkan pulih, menjadikan jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya 132,055 orang.

Pada masa yang sama, 134 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebanyak 7,750 orang.

Kematian tertinggi adalah di Jawa Timur dengan 34 kes menjadikan jumlah 2,459 diikuti Kalimantan Timur 27 kes menjadi 192 kasus, Jawa Tengah 18 kes meningkat 1.061 kes, Jakarta dengan tambahan 15 kes menjadi 1.246 kes

Jumlah terkumpul menunjukkan bahawa terdapat 44,463 kes aktif atau pesakit yang masih menjalani rawatan dan pengasingan.

Setakat hari ini, pihak berkuasa sudah memeriksa 37,597 spesimen daripada 19,306 orang di 320 makmal di seluruh Indonesia. Data menunjukkan bahawa sejumlah 2,338,865 spesimen sudah diperiksa daripada 1,353,291 orang sejak kes COVID-19 yang pertama disahkan di Indonesia pada Mac 2020.

Pihak berkuasa juga menyatakan bahawa pada masa ini terdapat 84,071 orang yang dipantau sebagai kes yang disyaki.

Kes positif Covid-19 dikesan di 34 provinsi di Indonesia dengan 488 kota terjejas.

Lima provinsi yang dicatat memiliki jumlah penambahan tertinggi kes baharu hari ini adalah Jakarta 1,359 kes , Jawa Timur 377, diikuti 242 kes di Jawa Tengah, 238 di Jawa Barat dan Bali dengan 174 kes.

Hanya satu wilayah yang melaporkan tiada kes baru hari ini, iaitu Jambi.

Kematian tertinggi adalah di Jawa Timur dengan 34 kes menjadikan jumlah 2,459 diikuti Kalimantan Timur 27 kes menjadi 192 kasus, Jawa Tengah 18 kes meningkat 1.061 kes, Jakarta dengan tambahan 15 kes menjadi 1.246 kes

Related posts

Leave a Comment