Singapura 43 kes, Brunei 1

SINGAPURA melaporkan 48 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di republik itu sebanyak 56,908.

Terdapat dua kes dalam komuniti, seorang merupakan penduduk tetap Singapura manakala seorang lagi pemegang pas kerja.

Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura memaklumkan terdapat lima kes import yang semuanya diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Menerusi data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 913 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,220  kes dalam komuniti dan 53,727 melibatkan penghuni asrama.

Sebanyak 41 kes dikeluarkan daripada jumlah kes yang disahkan kerana didapati negatif Covid-19 setelah siasatan lanjut.

Sebanyak 55,891 pesakit pulih sepenuhnya sementara 75 kes masih di hospital. Sejumlah 867 pesakit yang mempunyai gejala ringan, atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif Covid-19, telah diasingkan dan dirawat.

Tiga kluster baharu dikenal pasti semalam iaitu Changi Lodge II di Tanah Merah Coast Road, North Coast Lodge di North Coast Avenue dan Asrama Toh Guan di Toh Guan Road East.

Sementara itu BRUNEI DARUSSALAM merekodkan satu kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes sebanyak 145.

Menurut Kementerian Kesihatan, pesakit adalah lelaki berusia 33 tahun yang tiba di Brunei Darussalam dari Indonesia melalui Kuala Lumpur pada 28 Ogos lalu.

Dia dikesan melalui ujian saringan yang diwajibkan bagi sesiapa yang tiba di negara itu. Lelaki berkenaan yang tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Pengesanan kontak melibatkan 32 orang dan telah menjalani ujian saringan di mana  26 negatif sementara yang lain masih menunggu keputusan.

Setakat ini dua lagi yang dirawat dalam keadaan baik sementara 139 kes sembuh dan tiga kematian.

Related posts

Leave a Comment