Kes di Filipina 228,403 kes

FILIPINA merekodkan 1,987 kes baharu setakat pukul 4 petang 3 September menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 228,403 kes di mana 65,240 kes aktif.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga memaklumkan sebanyak 65 kematian dilaporkan yang membawa kepada 3,688 pesakit meninggal dunia setakat ini.

Bagi kes sembuh pula, 880 kes lagi pulih yang menjadikan jumlahnya meningkat kepada 159,475 atau 69.8 peratus.

Sementara itu, THAILAND melaporkan jangkitan tempatan pertama Covid-19 selepas 100 hari setelah seorang banduan diuji positif di sebuah penjara di Bangkok.

Lelaki berusia 37 tahun itu diuji positif semalam semasa melakukan ujian rutin. Dia dibawa ke hospital di Bangkok untuk rawatan. 

Setakat ini, semua kontak rapat pesakit diuji negatif.

Timbalan Pengarah Jabatan Koreksional Weerakit Hanparipan berkata lelaki itu tidak melakukan perjalanan ke luar negara atau mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit positif.

Bekas deejay kelab malam itu tidak mempunyai kontak dengan banduan lama.

Related posts

Leave a Comment