Kes jangkitan Saudi 311,855

ARAB Saudi merekodkan 1,019 kes baharu koronavirus Covid-19, jumlah yang rendah berbanding sebelum ini termasuk semalam (Rabu) yang merekodkan 1,068 dan 1,114 kes pada Selasa.

Menurut Kementerian Kesihatan jumlah keseluruhan kes yang telah dilaporkan di Arab Saudi kini mencecah 311,855

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu hari ini, Makkah merekodkan jumlah tertinggi iaitu 96 kes diikuti Riyadh 56, Unaizah 52, Madinah 50, Sabya 49, Jazan 46, Tabouk 44, Abu Arish 41 dan Jeddah 32.

Sebanyak 30 kematian akibat Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia meningkat kepada 3,785 orang. Ketika ini terdapat 21,815 kes aktif di mana 1,582 adalah kritikal.

MoH juga mengumumkan 1,310 lagi pesakit pulih daripada jangkitan yang membawa jumlah kes sembuh meningkat kepada 286,255, atau 91.79 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit.

Related posts

Leave a Comment