Biarkan BN ikut cara sendiri berkempen

KUALA PILAH 25 Julai – Berbaki enam hari lagi untuk berkempen, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor, dinasihatkan supaya membiarkan Barisan Nasional (BN) berkempen mengikut cara sendiri menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan.

Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Menteri Besar Kedah itu sepatutnya memberi tumpuan kepada pentadbiran di negerinya sendiri berbanding berkempen menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan.

“Kalau boleh, sehingga hari Sabtu nanti, kita masih mempunyai enam hari lagi untuk berkempen. Lebih baik beliau menyibukkan diri mentadbir Kedah. Saya tidak fikir beliau perlu datang ke Negeri Sembilan. Biarlah kami menguruskan Negeri Sembilan mengikut cara kami sendiri,” katanya.

Sanusi ketika berucap pada satu ceramah di Jempol dilapor berkata orang Melayu tidak mempunyai tanah air lain, manakala kaum India, Cina, Kemboja dan Thai masing-masing mempunyai negara yang dikaitkan dengan etnik mereka.

Ahmad Zahid berkata, kepelbagaian masyarakat di Malaysia adalah sebahagian daripada realiti sosial negara dan tidak sepatutnya dieksploitasi bagi tujuan politik.

“Saya tidak berniat untuk menasihatinya, sebaliknya sekadar mengingatkan. Walaupun di dalam hati ada harimau, apabila bercakap, biarlah yang keluar itu kambing.

“Saya tidak mahu timbul sebarang tafsiran yang akhirnya boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pelbagai kelompok masyarakat.

Jika niat beliau adalah untuk menunjukkan perpaduan ummah, tidak perlu menyentuh isu yang melibatkan kaum, agama, budaya atau latar belakang kaum lain di negara ini,” kata Timbalan Perdana Menteri selepas menghadiri Program Salam Agrikomoditi MADANI di Dataran Melang.

Ahmad Zahid juga yakin dengan masyarakat majmuk di negara ini

“Kepelbagaian ini adalah sunnatullah. Tidak perlu membangkitkan perkara sedemikian. Jika benar mereka mahu membina hubungan persahabatan, lakukanlah dengan cara yang betul dan bukannya dengan membangkitkan isu-isu lain,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment