Vaksin pertama di Rusia

RUSIA hasilkan vaksin Covid-19 yang pertama di dunia. Itu dakwaan Presiden  Vladimir Putin pada Selasa (11 Ogos 2020) dalam sidang video bersama menteri Kabinetnya ynag disiarkan televisyen tempatan. “ Pagi ini, untuk pertama kalinya di dunia, vaksin untuk melawan virus corona baru saja didaftarkan di Rusia,” katanya. Putin memberitahu, salah seorang anak perempuannya telah disuntik vaksin itu dan berada dalam keadaan sihat. “Saya tahu bahawa ia cukup berkesan, membentuk kekebalan yang kuat, dan saya ulangi, ia telah lulus semua pemeriksaan yang diperlukan,” kata Putin. Beliau berharap negaranya akan segera menghasilkan…

Read More

Arab Saudi catat 291,468 kes

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi mengumumkan 1,521 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini meningkat kepada 291,468. Jurucakap MOH memberitahu, daripada kes baharu yang dilaporkan, 101 direkodkan di Riyadh, diikuti Makkah 88, Dammam 75, Hufof dan Madinah masing-masing 65, Jazan 51, Hail 45 dan Jeddah 39. Sebanyak 1,640 orang yang positif Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah sembuh 255,118, iaitu ha pir 88 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sementara itu, jumlah kematian meningkat kepada 3,233 termasuk 34 kematian yang dilaporkan hari ini manakala 33,117 kes…

Read More

Dua hari Thailand tanpa kes

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes apabila 1,693 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 128,776 kes. Berdasarkan data di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, sejumlah 85,928 pesakit masih dalam pemantauan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 59 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah korban meningkat kepada 5,824 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 26,624 kes, diikuti Jawa Timur (25,917) dan selebihnya di wilayah lain. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 1,915 orang, diikuti Jakarta (944),…

Read More

4 kes di NZ selepas 102 hari

WELLINGTON: Selepas ‘meraikan’ 100 hari tanpa kes, New Zealand merekodkan empat kes baharu Covid-19 iaitu selepas 102 hari tanpa penularan tempatan. Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan kesemua kes melibatkan satu keluarga di bandar terbesar negara itu, Auckland. Keluarga terbabit dilaporkan tidak keluar negara dan punca jangkitan masih dalam siasatan. Tambahnya Perintah Kawalan Pergerakan peringkat tiga akan dikenakan di Auckland semasa siasatan dijalankan. Dalam sidang media hari ini, Rabu, beliau berkata, punca jangkitan kes masih belum dapat dipastijan. Semua sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup bermula Rabu. Tiada penularan tempatan…

Read More

Sembilan kes baharu

PUTRAJAYA : Sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes di negara ini adalah 9,103, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada sembilan kes itu, lima adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara. Lima kes import tersebut adalah dari negara Jepun, India, Pakistan (di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) ; New Zealand (di Selangor); dan Singapura (di Johor). Sementara itu kesemua p empat kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan…

Read More

Dendam politik? Guan Eng, isteri mengaku tak bersalah

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan pendakwaan terhadapnya hari ini sebagai tidak berasas dan bermotifkan dendam politik. Setiausaha Agung DAP itu mendakwa, tidak terdapat rasuah seperti didakwa kerana berlaku tender semula syarikat untuk projek berkaitan. Beliau juga berkata amat tidak wajar isterinya yang menjalankan tanggungjawab sebagai peguam bertauliah turut diseret sama dalam pendakwaan. “Kalau nak dendam ke atas saya, ambillah (tindakan) ke atas saya, buatlah apa apa ke atas saya tetapi kenapa pula perlu kenakan (tindakan) ke atas isteri saya,” katanya dalam sidang media selepas dihadapkan ke mahkamah. Guan…

Read More

Harga pelitup muka turun lagi

KERAJAAN bersetuju menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapis kepada RM1 seunit, malahan bersedia menurunkan lagi dari semasa ke semasa bagi mengurangkan beban orang ramai, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Alexander Nanta Linggi.  Beliau berkata, langkah itu susulan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak mulai, 1 Ogos lalu. “Harga tiga lapis pelitup muka akan diturunkan lagi kepada RM1 seunit di peringkat runcit. Maknanya 95 sen di peringkat borong. Usaha ini diharapkan membantu mengurangkan beban orang ramai dan ibu bapa menyediakan pelitup…

Read More

Hampir 20 juta kes Covid-19

AMERIKA Syarikat (AS) merekodkan lima juta kes jangkitan Covid-19 sehingga pukul 7.30 pagi ini ketika jumlah kes di dunia menghampiri 20 juta dengan angka kematian 733,103. Data Johns Hopkins University juga menunjukkan, sebanyak 12,200,847 pesakit di seluruh dunia sembuh. AS mendahului dengan 5,079,941 kes, begitu juga di kedudukan pertama kematian dengan 163,331 kes serta di tempat kedua pemulihan iaitu 1,670,755 kes Brazil pula di tempat kedua dengan 3,035,422 kes disusuli  India yang mencatatkan 2,215,074 kes. Ini diikuti Rusia dengan 890,799 kes, Afrika Selatan 563,598, Mexico 480,278 dan Peru 478,024. Lima buah negara merekodkan…

Read More

PM Lebanon letak jawatan

KETIKA orang awam bangkit mengadakan tunjuk perasaan, Perdana Menteri Lebanon, Hassan Diab mengumumkan peletakan jawatan berikutan dua letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya Beirut minggu lalu. Dalam ucapan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen, Hassan menyatakan beliau mengundur diri agar dapat bersama rakyat dan berjuang untuk perubahan bersama mereka. Beliau yang menganggap letupan itu sebagai ‘malapetaka’ juga berkata, dia sudah hilang harapan dengan kerajaan. Justeru, beliau memahami keperluan untuk berlaku perubahan daripada ‘pemerintahan rasuah dan berniat jahat, broker dan rombakan bagi menjadikan Lebanon sebagai sebuah negara yang mempunyai, keadilan…

Read More