4 kes di NZ selepas 102 hari

WELLINGTON: Selepas ‘meraikan’ 100 hari tanpa kes, New Zealand merekodkan empat kes baharu Covid-19 iaitu selepas 102 hari tanpa penularan tempatan.

Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan kesemua kes melibatkan satu keluarga di bandar terbesar negara itu, Auckland.

Keluarga terbabit dilaporkan tidak keluar negara dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Tambahnya Perintah Kawalan Pergerakan peringkat tiga akan dikenakan di Auckland semasa siasatan dijalankan.

Dalam sidang media hari ini, Rabu, beliau berkata, punca jangkitan kes masih belum dapat dipastijan.

Semua sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup bermula Rabu.

Tiada penularan tempatan dilaporkan di New Zealand selama lebih tiga bulan dan penduduk telah menjalani kehidupan seperti biasa.

Kesemua 22 kes sebelum ini merupakan kes import dan mereka telah ditempatkan di pusat kuarantin yang ditetapkan.

Related posts

Leave a Comment