Kes baharu Filipina 5,828

MANILA 22 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,828 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,530,266 kes.

Setakat pukul 4 petang, DoH juga melaporkan 3,257 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 1,452,813 orang atau 94.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 26,891 orang apabila 17 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif yang direkodkan adalah 50,562 atau 3.3 peratus.

Related posts

Leave a Comment