Sembilan kes baharu

PUTRAJAYA : Sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes di negara ini adalah 9,103, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada sembilan kes itu, lima adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

Lima kes import tersebut adalah dari negara Jepun, India, Pakistan (di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) ; New Zealand (di Selangor); dan Singapura (di Johor).

Sementara itu kesemua p empat kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan bukan warganegara iaitu tiga kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil sebelum dihantar pulang ke negara asal serta satu kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 169 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Related posts

Leave a Comment