Hampir 20 juta kes Covid-19

AMERIKA Syarikat (AS) merekodkan lima juta kes jangkitan Covid-19 sehingga pukul 7.30 pagi ini ketika jumlah kes di dunia menghampiri 20 juta dengan angka kematian 733,103.

Data Johns Hopkins University juga menunjukkan, sebanyak 12,200,847 pesakit di seluruh dunia sembuh.

AS mendahului dengan 5,079,941 kes, begitu juga di kedudukan pertama kematian dengan 163,331 kes serta di tempat kedua pemulihan iaitu 1,670,755 kes

Brazil pula di tempat kedua dengan 3,035,422 kes disusuli  India yang mencatatkan 2,215,074 kes.

Ini diikuti Rusia dengan 890,799 kes, Afrika Selatan 563,598, Mexico 480,278 dan Peru 478,024.

Lima buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Colombia 387,481, Chile 375,044, Iran 328,844, Sepanyol 322,980 dan United Kingdom 313,390.

Sementara itu, lapan negara merekodkan lebih 200,000 kes  iaitu Arab Saudi 289,947, Pakistan 284,660, Bangladesh 260,507, Argentina 253,868, Itali 250,825, Turki 241,997, Perancis 239,306 dan Jerman 218,508.

Iraq pula mendahului dalam kumpulan lebih 100,000 kes iaitu 153,599, Filipina 136,638, Indonesia 127,083, Kanada 122,053 dan Qatar 113,262.

Bagi kes kematian akibat Covid-19, Brazil di kedudukan kedua tertinggi iaitu 101,049 kes,  Mexico 52,298, United Kingdom 46,611 , India 44,386, Itali 35,209, Perancis 30,327 dan Sepanyol 28,576.

Peru pula merekodkan  21,072 kes diikuti  Iran 18,616, Rusia 14,973, Colombia 12,842, Afrika Selatan  10,621 dan Chile 10,139. 

Sementara itu, bagi kes pesakit sembuh pula, daripada lebih 12 juta, Brazil mendahului dengan 2,383,475 diikuti AS 1,670,755, India 1,535,743, Rusia 695,317, Afrika Selatan 417,200, Mexico 384,432, Chile 347,342 dan Peru 324,020.

Iran merekodkan 286,642 kes, Pakistan 260,764, Arab Saudi 253,478, Turki 224,970, Colombia 212,688, Itali 202,248, Jerman 197,382, Bangladesh 150,437 dan Sepanyol 150,376.

Qatar merekodkan 109,993 kes sembuh diikuti Iraq 109,790, Argentina 108,242, Kanada 108,050 dan Perancis 82,971

Related posts

Leave a Comment