Vaksin pertama di Rusia

RUSIA hasilkan vaksin Covid-19 yang pertama di dunia. Itu dakwaan Presiden  Vladimir Putin pada Selasa (11 Ogos 2020) dalam sidang video bersama menteri Kabinetnya ynag disiarkan televisyen tempatan.

“ Pagi ini, untuk pertama kalinya di dunia, vaksin untuk melawan virus corona baru saja didaftarkan di Rusia,” katanya.

Putin memberitahu, salah seorang anak perempuannya telah disuntik vaksin itu dan berada dalam keadaan sihat.

“Saya tahu bahawa ia cukup berkesan, membentuk kekebalan yang kuat, dan saya ulangi, ia telah lulus semua pemeriksaan yang diperlukan,” kata Putin.

Beliau berharap negaranya akan segera menghasilkan vaksin secara besar-besaran.

Vaksin yang didakwa menawarkan “kekebalan berlanjutan” terhadap koronavirus itu dinamakan Sputnik V, sempena nama satelit Soviet.

Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriev berkata, fasa 3 ujian klinikal dilakukan esok dan pengeluaran dijangka bermula September nanti.

“Sebanyak 20 negara sudah melakukan pratempahan untuk lebih satu bilion dos,” katanya.

Rusia sebelum ini menyasarkan akan mengeluarkan dua vaksin koronavirus (Covid-19) untuk kegunaan orang awam masing-masing menjelang September dan Oktober ini.

Vaksin yang pertama dihasilkan oleh institut Gamaleya yang beribu pejabat di Moscow dan Kementerian Pertahanan manakala yang kedua pula akan dikeluarkan oleh Vektor iaitu makmal negara dekat bandar Siberia, Novosibirsk.

(Foto sidang video)

Related posts

Leave a Comment