Kes di Saudi 268,934

ARAB Saudi mencatatkan 1,993 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes 268,934.

Menurut Kementerian Kesihatan, Al Hafouf merekodkan angka tertinggi iaitu 194 kes, Taif 186, Riyadh 106, Makkah 94, Dammam 79, Najran 69, Madinah 62, dan Jeddah 51.

Sebanyak 27 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa jumlah kematian meningkat kepada 2,760 kes.

Sementara itu, jumlah kes pulih pula meningkat kepada 222,936 selepas 2,613 lagi pesakit dilaporkan sembuh sementara 42,238 kes aktif di mana 2,126 kritikal.

Related posts

Leave a Comment