KESEMUA 8,790 ruang solat bagi Hari Raya Aidiladha di Singapura pada 31 Julai ini sudah habis ditempah. Kesemuanya terisi dalam tempoh 15 minit selepas pendaftaran dibuka pada pukul 1 petang ini 27 Julai menerusi aplikasi MuslimSG.
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melalui laman Facebook berkata pihaknya kini sedang dalam proses mengirimkan e-mel pengesahan bagi tempahan ruang yang berjaya.
Bagi yang belum mendapat sebarang e-mel pengesahan diminta bersabar atau boleh mengesahkan status tempahan menerusi pautan https://ourmosques.commonspaces.sg/check-booking-confirmation,
Pejabat Mufti menasihatkan mereka yang tidak berjaya menempah ruang agar mendirikan solat Aidiladha di rumah bersama keluarga dan boleh mendengar khutbah secara langsung menerusi SalamSG TV atau di radio.
Untuk solat Jumaat pula pada hari yang sama, sebanyak 9,100 ruang disediakan dan pendaftaran bermula 10 pagi 28 Julai.