260,394 kes di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,238 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes dalam tempoh 24 jam sebanyak 260,394 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 34 kematian dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 2,635. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 3,092 lagi pesakit telah pulih menjadikan kes sembuh yang dicatatkan 213,490. Kes aktif pula 44,269 di mana 2,170 kritikal. Sementara itu, daripada 2,238 kes baharu, Al Hufuf mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 147 diikuti Riyadh 143, Al Mobarraz 129, Makkah 119, Dammam 99 dan Taif 97. Dua bandar utama lain iaitu…

Read More

Kes Indonesia cecah 93,657

SINGAPURA merekodkan 354 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes 49,098, kebanyakan melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Terdapat lapan kes dalam komuniti dengan empat daripadanya adalah warga Singapura atau penduduk tetap dan empat pemegang pas kerja. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan memaklumkan terdapat lima kes import dari individu yang diletakkan dalam Notis Duduk Dirumah (SHN) semasa tiba di Singapura. Setakat ini sebanyak 44,795 kes atau kira-kira 92 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih manakala 150 kes masih di hospital, sebilangan besar stabil.…

Read More

Sembilan kes baharu

WALAUPUN kes berkurangan tetapi daripada sembilan kes baharu, enam adalah melibatkan penularan tempatan. Justeru terus berhati-hati, jangan leka dengan angka yang menurun. Sebaliknya patuhlah SOP termasuk penjarakan sosial 1 meter, memakai pelitup muka dengan mewajibkan diri memakainya dan kerap basuh tangan. PUTRAJAYA : Kembali kepada satu digit apabila sembilan kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini melibatkan enam kes penularan dalam negara dan tiga kes import, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,840 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan virus itu 143 kes. Daripada enam kes penularan tempatan ,…

Read More

Wajib pakai 1 Ogos 2020

KUALA LUMPUR: Wajib pakai. Seperti dibayangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu, pemakaian pelitup muka akhirnya  diwajibkan bermula 1 Ogos di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam. Menteri Kanan (Pertahanan), Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan kadar peningkatan kes yang kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap SOP semakin berkurangan. Kadar pematuhan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial dalam kalangan orang ramai semakin menurun dan dilihat tidak dipatuhi. “SOP di tempat-tempat awam yang bersesak tidak diendahkan oleh segelintir pihak jadi kerajaan membuat keputusan untuk…

Read More

Turun harga pelitup muka

KUALA LUMPUR : Harga siling pelitup separuh muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama. Penurunan harga itu, selaras dengan langkah kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam seperti yang disaran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Dari segi bekalan, tinjauan dan pemantauan mengenai pengeluaran serta pengedaran pelitup muka adalah mencukupi ditambah juga dengan…

Read More

PRK DUN Slim 29 Ogos

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N58 Slim, Perak akan diadakan pada 29 Ogos. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, hari penamaan calon pada 15 Ogos,  manakala tarikh mengundi awal 25 Ogos. Tempoh berkempen selama 14 hari bermula daripada hari perisytiharan calon-calon bertanding sehingga pukul 11.59 malam 28 Ogos. Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung ketika bermain golf di Awana…

Read More

Pakai facemask yang sesuai

PEMAKAIAN ALAT PELITUP SEPARUH MUKA (FACEMASK) PEMAKAIAN alat pelitup separuh muka (facemask) merupakan satu kaedah pencegahan yang penting bagi mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19. Facemask boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti, atau untuk mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain. Penggunaan facemask boleh dibahagikan kepada penggunaan bagi tujuan perubatan dan penggunaan bukan perubatan (non-medical): 1. Penggunaan facemask bagi tujuan perubatan: • Petugas kesihatan perlu menggunakan perlindungan seperti disarankan dalam Guidelines on COVID-19 Management in Malaysia • Orang awam…

Read More

15 juta kes, 619,784 kematian

DUNIA merekodkan 15 juta kes jangkitan Covid-19 setakat 7 pagi ini, 23 Julai dengan jumlah kematian pula 619,784. Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat masih mendahului dengan 3,941,741 kes diikuti Brazil 2,159,654 dan India 1,193,078. AS dan Brazil juga menduduki tangga yang sama bagi angka kematian iaitu masing-masing 142,756 dan 81,487 kes manakala India di tempat ketujuh dengan 28,732 kes. Rusia pula berada di tangga keempat dengan angka jangkitan 787,846 berbanding semalam 782,040 kes. Empat buah negara merekodkan 300,000 kes iaitu Afrika Selatan 394,948, Mexico 362,274, Peru 362,087 dan Chile 334,683.…

Read More