Makkah catat kes tertinggi

MAKKAH mencatatkan 224 kes positif Covid-19, jumlah tertinggi ketika Arab Saudi menunjukkan trend penurunan kes harian sejak beberapa hari lalu. Statistik Kementerian Kesihatan Arab Saudi menunjukkan jumlah kes baharu adalah 2,565 berbanding 2,613 kes semalam (17 Julai). Pada 16 Julai, sebanyak 2,764 kes baharu direkodkan berbanding 2,671 (15 Julai), 2,692 (14 Julai) dan 2,852 (13 Julai). Setakat ini, jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi adalah 248,416 kes dengan 40 lagi kematian menjadikan korban pandemik Covid-19 meningkat kepada 2,447. Jumlah kes pulih pula meningkat kepada 194,218 di mana 3,057 pesakit sembuh…

Read More

92 % kes di Singapura sembuh

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes apabila 1,752 lagi kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 84,882. Dalam tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 18 Julai sebanyak 59 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah korban  4,016 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata sebanyak 37,593 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,349 kes diikuti Jakarta (727 kes), Jawa Tengah (300), Sulawesi Selatan (270) dan selebihnya wilayah lain. SINGAPURA merekodkan 202 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas…

Read More

Kluster Stutong dikenal pasti

KLUSTER baharu dikesan di sebuah pasar di Stutong, Sarawak, dan dikenali sebagai Kluster Stutong selepas 218 orang penjaja di kawasan itu disaring. Saringan melibatkan 213 warga Malaysia dan lima bukan warganegara – China (tiga orang), Indonesia (satu) dan Vietnam (satu). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah saringan itu, 56 orang disampel dan mendapati dua kes dikesan positif Covid-19, manakala baki 54 orang adalah negatif. Penjaja-penjaja pasar itu, dikenal pasti sebagai salah satu kumpulan sasar dalam pendekatan tertumpu. “Pasar ini telah ditutup buat sementara waktu, bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah…

Read More

Empat import, lima tempatan

PUTRAJAYA: Sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini 18 Julai berbanding semalam 18 kes.  Ia melibatkan empat kes import dan lima kes penularan dalam negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini 8,764 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 96 kes. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memberitahu, empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia. Dua kes import dari Indonesia; satu Singapura dan…

Read More

Hasrat PH tidak kesampaian

SELAK KEMBALI ….Kerajaan PH hanya bertahan 20 atau 22 bulan… 13 Julai 2019 KUALA LUMPUR: Malaysia should alternate the coalition at its helm from time to time as this will be healthier for both the government and the people, said DAP adviser Lim Kit Siang. However, he said, Pakatan Harapan must be given enough time to prove itself and to undo all the harm inflicted by the previous government. “I would like to see the growth of a healthy democratic culture. It’d be good if you have a multi-party coalition…

Read More

Tabligh kandas di India pulang

WISMA Putra dengan kerjasama Perwakilan Malaysia di India akan terus menyelaraskan usaha bagi membawa pulang baki jemaah tabligh yang masih berada di India secara berperingkat. Menteri Luar Hishammuddin Tun Hussein berkata, maklumat mengenai misi bawa pulang jemaah tabligh seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke masa. Beliau berkata demikian dalam kenyataannya berhubung kepulangan 62 jemaah tabligh awal pagi ini Sabtu, 18 Julai setelah terkandas di India sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19. Tidak dinyatakan jumlah yang masih terkandas. Jemaah itu antara 96 rakyat Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur…

Read More

14 juta kes 600,000 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 setakat pagi ini, 18 Julai mencecah 14 juta manakala kematian meningkat kepada 600,000 berbanding perangkaan semalam 13,734,518 kes dan 588,149 kematian. Amerika Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului catatan kes dan kematian sementara India telah merekodkan satu juta kes. Menurut data Johns Hopkins University, AS mendahului dengan 3,638,002 kes dan 139,128 kematian manakala Brazil merekodkan 2,046,328 kes dan  kematian 77,851. India pula mencapai angka 1,003,832 tetapi masih dapat mengawal jumlah kematian di tangga kelapan dengan catatan 25,602 kematian. Rusia pula berada di tangga keempat dengan catatan 758,001…

Read More

Wayang pandu lalu di Ipoh

UMPAMA wayang pacak Jabatan Penerangan di padang atau kawasan lapang suatu masa dulu. Bezanya jika dulu duduk berlapikkan selipar, surat khabar atau tikar dan sebagainya, kali ini di dalam kereta. Begitulah konsep panggung wayang pandu masuk atau drive in cinema yang diperkenalkan di Perak. Dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive, pawagam ini terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh dan mampu memuatkan sehingga 70 buah kenderaan pada satu-satu masa. Ketika melancarkan pawagam yang diusahakan oleh Perak Corp Berhad itu, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu turut mengimbau suasana masa lalu dan percaya ia mampu memberi…

Read More