Wayang pandu lalu di Ipoh

UMPAMA wayang pacak Jabatan Penerangan di padang atau kawasan lapang suatu masa dulu. Bezanya jika dulu duduk berlapikkan selipar, surat khabar atau tikar dan sebagainya, kali ini di dalam kereta. Begitulah konsep panggung wayang pandu masuk atau drive in cinema yang diperkenalkan di Perak.

Dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive, pawagam ini terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh dan mampu memuatkan sehingga 70 buah kenderaan pada satu-satu masa.

Ketika melancarkan pawagam yang diusahakan oleh Perak Corp Berhad itu, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu turut mengimbau suasana masa lalu dan percaya ia mampu memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak berikutan kesan teruk akibat pandemik Covid-19.

“Waktu kita kanak-kanak dulu, saya biasa membesar dengan wayang-wayang pacak oleh Jabatan Penerangan,” katanya.

Casuarina Sini-Drive beroperasi setiap malam, kecuali Isnin dan menawarkan pakej antara RM36 hingga RM42.Pihak penganjur akan membuat pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Related posts

Leave a Comment