JUMLAH kes positif Covid-19 setakat pagi ini, 18 Julai mencecah 14 juta manakala kematian meningkat kepada 600,000 berbanding perangkaan semalam 13,734,518 kes dan 588,149 kematian.
Amerika Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului catatan kes dan kematian sementara India telah merekodkan satu juta kes.
Menurut data Johns Hopkins University, AS mendahului dengan 3,638,002 kes dan 139,128 kematian manakala Brazil merekodkan 2,046,328 kes dan kematian 77,851.
India pula mencapai angka 1,003,832 tetapi masih dapat mengawal jumlah kematian di tangga kelapan dengan catatan 25,602 kematian.
Rusia pula berada di tangga keempat dengan catatan 758,001 kes dan 12,106 kematian di tempat ke-12.
Empat negara merekodkan 300,000 kes iaitu Peru 345,537, Afrika Selatan 337,594. Chile 326,439 dan Mexico 324,041.
United Kingdom (UK) pula masih dalam kumpulan sembilan negara yang merekodkan 200,000 kes ke atas dengan catatan 294,803 kes dan 45,318 kematian.
Iran merekodkan 269,440 kes, Sepanyol 260,255, Pakistan 259,999, Arab Saudi 245,851, Itali 243,967, Turki 217,799, Perancis 211,940 dan Jerman 202,045.
Enam negara berada dalam kelompok 100,000 kes didahului Bangladesh yang menghampiri 200,000 kes iaitu 199,357 diikuti Colombia 173,206, Argentina 119,301, Kanada 111,476, Qatar 105,898 dan Netherlands 103,134.
Melebihi 80,000 kes pula adalah Iraq 88,171, Mesir 86,474, China 85,314 dan Indonesia 83,130.
Sementara itu angka kematian menyaksikan Mexico negara keempat mencatatkan kes tertinggi dengan 37,574, Itali 35,028, Perancis 30,155, Sepanyol 28,420, India 25,602, Iran 13,791, Peru 12,799, Netherlands 12,295, dan Rusia 12,106.
Jumlah kes pulih pula adalah 7,818,409 di mana Brazil mendahului dengan 1,398,471 kes berbanding semalam 1,328,535 diikuti AS 1,107,204, India 635,757, Rusia 538,467, Chile 296,814, Mexico 257,681, Peru 233,982 dan Iran 232,873.