Makkah catat kes tertinggi

MAKKAH mencatatkan 224 kes positif Covid-19, jumlah tertinggi ketika Arab Saudi menunjukkan trend penurunan kes harian sejak beberapa hari lalu.

Statistik Kementerian Kesihatan Arab Saudi menunjukkan jumlah kes baharu adalah 2,565 berbanding 2,613 kes semalam (17 Julai).

Pada 16 Julai, sebanyak 2,764 kes baharu direkodkan berbanding 2,671 (15 Julai), 2,692 (14 Julai) dan 2,852 (13 Julai).

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi adalah 248,416 kes dengan 40 lagi kematian menjadikan korban pandemik Covid-19 meningkat kepada 2,447.

Jumlah kes pulih pula meningkat kepada 194,218 di mana 3,057 pesakit sembuh hari ini.

Sementara itu, Riyadh merekodkan 212 kes diikuti Jeddah 189, Hufof 182,

Mobarraz 118, Khamis Mushayt 109 dan Hafr Al-Batin 106.

Madinah merekodkan 42 kes.

Related posts

Leave a Comment