Indonesia tambah 1,611 kes

INDONESIA merekodkan 1,611 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan  meningkat kepada 72,347 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 10 Julai, sebanyak 52 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 3,469 orang. Sebanyak 13,882 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi, iaitu 1,152 kes, diikuti Jakarta (671 kes), Jawa Tengah (235), Kalimantan Selatan (211) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. Kes positif tertinggi adalah di Jawa…

Read More

51 lagi kematian di Arab Saudi

ARAB Saudi hari ini, 10 Julai 2020 merekodkan 3,159 kes, menurun sedikit berbanding semalam 3,183 kes.tetapi kes kematian meningkat kepada 51 kes berbanding 41 kes semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 kini 226,486 manakala kematian pula meningkat kepada 2,151. Sebanyak 1,930 lagi pesakit yang dijangkiti koronavirus Covid-19 dilaporkan sembuh sepenuhnya yang membawa kepada 163,026 pesakit pulih. Kes aktif pula 61,309 dan 2,220 kritikal. Sementara itu , Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 296 kes diikuti Hufof 249 Jeddah 209, Al Mobarraz 198, Dammam 158, Taif 139, Madinah…

Read More

Petrol naik 7 sen, diesel 3 sen

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 naik tujuh sen seliter, masing-masing kepada RM1.72 dan RM2.02 seliter manakala diesel turut naik tiga sen kepada RM1.87 seliter, berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 17 Julai ini. Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini 10 Julai 2020 memaklumkan kenaikan itu dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan trend harga minyak mentah dunia pada masa ini. “Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Read More

13 kes termasuk 5 tempatan

PUTRAJAYA : Rekod dua hari kes sifar ‘pecah’ apabila Malaysia kembali mencatat kes penularan tempatan hari ini, 10;Julai 2020, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, daripada 13 kes baharu yang dilaporkan hari ini, lima adalah kes penularan di dalam negara dengan tiga kes dalam kalangan warganegara dan dua kes bukan warganegara. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,696. “Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan warganegara melibatkan dua kes ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) yang telah dimasukan ke Hospital Umum Sarawak, dan satu kes…

Read More

ADUN Rahang keluar DAP

SEREMBAN : Keluar DAP tetapi tidak lompat parti. Menjadi wakil Bebas dan tetap sokong kerajaan Pakatan Harapan ( PH) pimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan. Itu pendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang Mary Josephine Prittam Singh yang mengumumkan keluar DAP, berkuat kuasa serta-merta.  Pada sidang media mengenai perkara itu hari ini, 10 Julai 2020, ADUN selama dua penggal dan selama 46 tahun sebagai anggota DAP itu membuat keputusan berkenaan kerana kecewa dengan ahli dan pemimpin DAP Negeri Sembilan. “Sebagai ahli DAP yang berpegang teguh pada integriti serta bekerja berasaskan prinsip dan disiplin parti, saya kini…

Read More

Had ikut kapasiti mulai 15 Julai

JUMLAH maksimum peserta atau pengunjung di majlis agama, sosial dan rasmi akan diselaras mengikut kapasiti ruang tertakluk kepada jarakan sosial bermula 15 Julai ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.  Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersetuju had 250 orang yang putuskan sebelum ini ditimbang semula. Setakat ini tetamu untuk majlis kahwin sebagai contoh dihadkan seramai 250 orang dan jemaah masjid (serta penganut bukan Islam) seramai satu pertiga daripada kapasiti masjid dan rumah ibadah bukan Islam. Bagi menyamaratakan semua sekali, kerajaan bersetuju had tetamu dan peserta adalah berdasarkan keluasan sesuatu tempat dengan…

Read More

Zalim, daftar nama tidak hadir

ZALIM tanpa sedar. Itu tajuk khutbah Jumaat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Zalim yang dimaksudkan bukan kerana penderaan atau kekejaman sesama manusia tetapi zalim terhadap peluang untuk beribadah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Khutbah ini berkait rapat dengan tempahan solat Jumaat yang dilaksanakan di Negeri Sembilan, mungkin juga di negeri lain. Khatib ketika memulakan khutbah mengingatkan bahawa negara belum diisytiharkan bebas daripada wabak Covid-19. Kelekaan dan kealpaan mematuhi prosedur yang ditetapkan boleh memberi kesan buruk kepada semua pihak termasuklah para jemaah di masjid dan surau. Hakikatnya, di…

Read More

Panel nilai tindak balas global

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) melantik panel baharu bagi menilai tindak balas global terhadap pandemik Covid-19, kata Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu. Panel itu akan diketuai bekas Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirlead dan bekas Perdana Menteri New Zealand Helen Clark. Dr Tedros mencadangkan panel itu mempunyai pentadbiran bebas, mengemas kini negara anggota secara berkala mengenai kemajuannya dan mengadakan mesyuarat bulanan. Clark dari New Zealand terus memimpin program pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Sirleaf dari Liberia adalah penerima hadiah nobel perdamaian. “Saya berasa sangat bangga kedua-dua wanita terhormat ini menerima cabaran dan…

Read More

Singapura mengundi hari ini

HARI ini, 2.65 juta pengundi di Singapura akan memilih kerajaan baharu dalam Pilihan Raya Umum yang akan menentukan sama ada Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan terus diberi mandat atau sebaliknya. Proses pengundian akan berlangsung antara 8 pagi hingga 8 malam di 1,100 pusat mengundi dalam 31 kawasan pilihan raya. Sebanyak 93 kerusi akan dipertaruhkan dan rekod PRU lalu pada 2015, menunjukkan PAP memenangi 83 daripada 89 kerusi dipertandingkan dengan Parti Pekerja menguasai baki enam kerusi. PAP pimpinan Lee Hsien Loong dijangka tidak menghadapi masalah untuk terus kekal memerintah. Persoalannya sama…

Read More