Indonesia tambah 1,611 kes

INDONESIA merekodkan 1,611 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan  meningkat kepada 72,347 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 10 Julai, sebanyak 52 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 3,469 orang.

Sebanyak 13,882 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi, iaitu 1,152 kes, diikuti Jakarta (671 kes), Jawa Tengah (235), Kalimantan Selatan (211) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Kes positif tertinggi adalah di Jawa Timur, iaitu sebanyak 15,730 kes, diikuti Jakarta (13,739 kes).

SINGAPURA melaporkan 191 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 45,613 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, sebanyak 16 kes dalam komuniti dilaporkan, melibatkan tujuh warga tempatan atau pemastautin tetap dan sembilan pemegang permit kerja. Turut dilaporkan satu kes import yang telah diletakkan di bawah kuarantin di rumah sejurus tiba di Singapura. 

Setakat tengah hari semalam, 41,645 atau kira-kira 92 peratus pesakit telah pulih sepenuhnya dan sebanyak 197 kes masih dirawat di hospital.

Menurut kenyataan itu,  seramai 3,554 pesakit yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi diuji positif telah diasing dan dirawat di pusat jagaan komuniti.

Setakat ini, Singapura merekodkan 26 kematian.

THAILAND bebas kes baharu hari ini apabila tiada sebarang kes dilaporkan sama ada penularan tempatan atau mereka yang dikuarantin. Hari ini adalah hari ke-46 tiada kes tempatan.

Ini bermakna jumlah kes kekal seperti semalam 3,202 dan kematian pula kekal 58.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 3,202 kes, sebanyak 3,087 kes pulih (96 peratus) termasuk dua pesakit yang baru pulih.

Sebanyak 57 pesakit masih  dirawat di hospital.

FILIPINA merekodkan 1,233 kes baharu sehingga pukul 4 petang hari ini, 10 Julai 2020, yang meliputi 848 kes terkini dan 385 kes lewat yang menjadikan jumlah keseluruhan 52,914 kes.

Jabatan Kesihatan (DOH) juga mengumumkan 286 kes pemulihan dan ini membawa jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 13,230. Kes aktif pula 52,914

Sebanyak 42 kematian dilaporkan di mana 27 (64 %) berlaku pada bulan Julai dan 12 (29 %) pada bulan Jun.

Related posts

Leave a Comment