Panel nilai tindak balas global

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) melantik panel baharu bagi menilai tindak balas global terhadap pandemik Covid-19, kata Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu.

Panel itu akan diketuai bekas Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirlead dan bekas Perdana Menteri New Zealand Helen Clark.

Dr Tedros mencadangkan panel itu mempunyai pentadbiran bebas, mengemas kini negara anggota secara berkala mengenai kemajuannya dan mengadakan mesyuarat bulanan.

Clark dari New Zealand terus memimpin program pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Sirleaf dari Liberia adalah penerima hadiah nobel perdamaian.

“Saya berasa sangat bangga kedua-dua wanita terhormat ini menerima cabaran dan saya bersetuju untuk memimpin panel tersebut,” kata Dr Tedros.

Menurut Dr Tedros lagi, Clark dan Sirleaf dipilih melalui proses perundingan yang luas dan tidak rasmi dengan negara-negara anggota dan pakar dunia.

Sementara itu, Tedros mengulangi desakan supaya dunia bersatu bagi mengekang Covid-19.

“Kita tidak boleh lagi melakukan kesilapan, ancaman terbesar ketika ini adalah virus itu sendiri. Ia juga disumbangkan ketiadaan kepimpinan dan solidariti di peringkat global dan nasional.

“Seperti yang saya katakan, setiap individu bertanggungjawab. Ini adalah tragedi dan memaksa satu keadaan yang sukar. Kita tidak boleh memerangi pandemik ini jika kita tidak bersatu,” katanya.

Beliau berkata, pandemik ini ternyata satu ujian terhadap kepimpinan dan solidariti global dan kita akan menang jika bersatu.

(Nota kes Covid-19 dikeluarkan WHO 9 Julai 2020)

Related posts

Leave a Comment