51 lagi kematian di Arab Saudi

ARAB Saudi hari ini, 10 Julai 2020 merekodkan 3,159 kes, menurun sedikit berbanding semalam 3,183 kes.tetapi kes kematian meningkat kepada 51 kes berbanding 41 kes semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 kini 226,486 manakala kematian pula meningkat kepada 2,151.

Sebanyak 1,930 lagi pesakit yang dijangkiti koronavirus Covid-19 dilaporkan sembuh sepenuhnya yang membawa kepada 163,026 pesakit pulih. Kes aktif pula 61,309 dan 2,220 kritikal.

Sementara itu , Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 296 kes diikuti Hufof 249 Jeddah 209, Al Mobarraz 198, Dammam 158, Taif 139, Madinah 134,

Khamis Mushayt 131 dan Makkah 108.

Related posts

Leave a Comment