Taman tema dibuka 1 Julai

MULAI 1 Julai,  54 taman tema termasuk taman tema air di seluruh negara dibenarkan beroperasi dengan pengusaha perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk penjarakan sosial dan had pengunjung berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. berkata, kebenaran operasi itu membabitkan lebih 10,000 tenaga kerja. Pengunjung juga perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, pemeriksaan suhu badan dan penyediaan pensanitasi tangan manakala pengusaha perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), serta Garis…

Read More

Siasat buku hina Jata Negara

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil pihak yang terbabit menerbitkan buku yang didakwa menghina Jata Negara, kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin. Katanya, polis diminta untuk menyiasat segera dan mengambil tindakan perlu kerana perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik. “Saya telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan secepat mungkin. “Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini, 29 Jun 2020. Beliau berkata adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang menghina lambang Kerajaan Persekutuan Jata Negara,…

Read More

Setengah juta korban Covid-19

SEPERTI jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kes jangkitan Covid-19 mencecah 10 juta pada minggu ini. Sejak kes jangkitan pertama dikesan di Wuhan, China pada 10 Januari lalu, sehingga pukul 8.30 pagi ini, data Johns Hopkins University, menunjukkan 10,072,616 kes direkodkan. Pada masa yang sama, jumlah kematian mencecah  500,321. Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 2,544,169 kes dan kematian 125,768 diikuti Brazil yang merekodkan 1,344,143 kes dengan 57,622 kematian. Rusia pula merekodkan 633,563 kes,  India 528,859 dan diikuti United Kingdom (UK) 312,640 kes. Pakistan yang merekodkan 202,955 kes menyertai kumpulan melebihi 200,000…

Read More

Dana EU kumpul AS$6.9 bilion

SEJUMLAH AS$6.9 bilion dikumpul pada sidang kemuncak Covid-19 di mana dana itu akan digunakan untuk ujian saringan, rawatan dan vaksin serta menyokong komuniti termiskin dan terpinggir di dunia. Sidang pada hari Sabtu, 27 Jun itu adalah sebahagian daripada inisiatif bersama oleh kumpulan eksekutif EU dan kumpulan penyokong Global Citizen yang melibatkan penyertaan 40 negara. Suruhanjaya dan bank pelaburan Eropah berjanji menyumbang AS$5.5 bilion, Amerika Syarikat AS$545 juta, Jerman AS$383 juta, Kanada AS$219 juta dan Qatar AS$10 juta. Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen menyatakan adalah penting bagi setiap individu…

Read More

182,493 kes di Arab Saudi

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi pada Ahad, 28 Jun 2020 meningkat kepada 182,493 apabila 3,989 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Kementerian Kesihatan juga mengesahkan 40 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 1,551. Di samping itu, kementerian juga merekodkan 2,627 kes pulih pada Ahad menjadikan jumlah yang sembuh adalah 124,755. Kes aktif pula 56,187 dan sebanyak 2,277 kes dirawat di ICU. Sementara itu, Hufof merekodkan 487 kes diikuti Riyadh 389, dan Dammam 320. Makkah pula merekodkan 310 kes, Taif 275, Madinah 186, Al-Mubarraz 183, Khamis Mushayt…

Read More

Kes Covid-19 capai 10 juta

KES jangkitan Covid-19 pada Ahad meningkat kepada 10 juta dengan jumlah kematian pula hampir mencecah setengah juta dalam tempoh tujuh bulan. Angka ini akan terus meningkat ketika dunia sedang berusaha mengekang wabak itu dan memutuskan rantaian dengan pelbagai langkah termasuk perintah berkurung dan memperkenalkan norma baharu kehidupan Di samping itu, banyak negara di dunia sedang berusaha menghasilkan vaksin bagi mencegah wabak itu. Sebanyak 25 peratus kes yang dilaporkan berlaku di Amerika Utara, Amerika Latin dan Eropah manakala 11 peratus kes di Asia dan Timur Tengah dan lain-lain sembilan peratus. Kes…

Read More

Dua hari Thailand tanpa kes

INDONESIA merekodkan 1,198 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 54,010 kes, kata jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 28 Jun, sebanyak 34 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 2,754 orang. Sebanyak 14,712 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 831 kes, diikuti provinsi Jakarta (625 kes), Kalimantan Selatan (182), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain. THAILAND mencatatkan dua…

Read More

PKR tagih kembalikan mandat

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) kekal dengan pendirian bahawa mandat rakyat mesti dipulangkan ke tempatnya pada kadar segera, dan dalam bentuk yang telah diberi oleh rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 termasuk dalam isu peralihan kuasa dari Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. Pada masa yang sama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam mesyuarat bulanan hari ini menegaskan PKR dan PH akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihan raya Umum ke-15 lebih awal dari 2023. Dalam kenyataan yang dipetik dari FB PKR,…

Read More