182,493 kes di Arab Saudi

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi pada Ahad, 28 Jun 2020 meningkat kepada 182,493 apabila 3,989 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Kementerian Kesihatan juga mengesahkan 40 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 1,551.

Di samping itu, kementerian juga merekodkan 2,627 kes pulih pada Ahad menjadikan jumlah yang sembuh adalah 124,755.

Kes aktif pula 56,187 dan sebanyak 2,277 kes dirawat di ICU.

Sementara itu, Hufof merekodkan 487 kes diikuti Riyadh 389, dan Dammam 320.

Makkah pula merekodkan 310 kes, Taif 275, Madinah 186, Al-Mubarraz 183,

Khamis Mushayt 171, Qatif 151, Jeddah 121, Abha 120, dan Hafr Al-Batin 104.

Related posts

Leave a Comment