Dana EU kumpul AS$6.9 bilion

SEJUMLAH AS$6.9 bilion dikumpul pada sidang kemuncak Covid-19 di mana dana itu akan digunakan untuk ujian saringan, rawatan dan vaksin serta menyokong komuniti termiskin dan terpinggir di dunia.

Sidang pada hari Sabtu, 27 Jun itu adalah sebahagian daripada inisiatif bersama oleh kumpulan eksekutif EU dan kumpulan penyokong Global Citizen yang melibatkan penyertaan 40 negara.

Suruhanjaya dan bank pelaburan Eropah berjanji menyumbang AS$5.5 bilion, Amerika Syarikat AS$545 juta, Jerman AS$383 juta, Kanada AS$219 juta dan Qatar AS$10 juta.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen menyatakan adalah penting bagi setiap individu yang memerlukan untuk mendapatkan vaksin.

Negara anggota juga menekankan keperluan penghasilan vaksin dan akses rawatan kepada semua pihak.

EU memperjuangkan kerjasama global dalam usaha mengawal dan menamatkan pandemik.

Related posts

Leave a Comment