Dua hari Thailand tanpa kes

INDONESIA merekodkan 1,198 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 54,010 kes, kata jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto,

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 28 Jun, sebanyak

34 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 2,754 orang.

Sebanyak 14,712 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 831 kes, diikuti provinsi Jakarta (625 kes), Kalimantan Selatan (182), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain.

THAILAND mencatatkan dua hari berturut-turut tanpa sebarang kes baharu dan kematian akibat Covid-19 menjadikan jumlah kes keseluruhan kekal pada 3,162 dengan lima kematian. 

Ini merupakan hari ke-34 Thailand tidak menyaksikan jangkitan tempatan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand, sebanyak 51 pesakit masih menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Lt Jen Kongcheep Tantravanich berkata angkatan tentera diarah untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 di negara itu yang dijadualkan membuka semula perniagaan dan venue termasuk sekolah bermula 1 Julai ini.

SINGAPURA mengesahkan 213 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 11 kes melibatkan jangkitan dalam komuniti. Ini sekali gus menjadikan jumlah terkumpul kes Covid-19 di Singapura sebanyak 43,459 kes,

Menurut Kementerian Kesihatan daripada 11 kes itu, enam adalah rakyat tempatan, manakala lima merupakan pemegang pas kerja.

Sehingga tengah hari semalam, sebanyak 37,163 (86 peratus) daripada jumlah pesakit telah pulih sepenuhnya Semalam, sebanyak 174 kes sedang menerima rawatan di hospital dengan satu kes kritikal kini ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sehingga kini, 26 orang telah meninggal dunia di Singapura akibat komplikasi yang berpunca daripada COVID-19.

FILIPINA merekodkan 653 kes jangkitan Covid-19 melibatkan 485 kes terkini dan 168 kes lewat lapor menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 35,455

Jabatan Kesihatan juga melaporkan sebanyak 258 kes pulih yang membawa jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 9,686.

Sebanyak lapan kematian dilaporkan menjadikan jumlah korban setakat ini sebanyak 1,244.

Related posts

Leave a Comment