Kes Covid-19 capai 10 juta

KES jangkitan Covid-19 pada Ahad meningkat kepada 10 juta dengan jumlah kematian pula hampir mencecah setengah juta dalam tempoh tujuh bulan.

Angka ini akan terus meningkat ketika dunia sedang berusaha mengekang wabak itu dan memutuskan rantaian dengan pelbagai langkah termasuk perintah berkurung dan memperkenalkan norma baharu kehidupan

Di samping itu, banyak negara di dunia sedang berusaha menghasilkan vaksin bagi mencegah wabak itu.

Sebanyak 25 peratus kes yang dilaporkan berlaku di Amerika Utara, Amerika Latin dan Eropah manakala 11 peratus kes di Asia dan Timur Tengah dan lain-lain sembilan peratus.

Kes pertama koronavirus baharu ini dikesan pada 10 Januari lalu di Wuhan, China yang kemudiannya merebak ke Eropah, Amerika Syarikat dan Rusia.

Related posts

Leave a Comment