Setengah juta korban Covid-19

SEPERTI jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kes jangkitan Covid-19 mencecah 10 juta pada minggu ini.

Sejak kes jangkitan pertama dikesan di Wuhan, China pada 10 Januari lalu, sehingga pukul 8.30 pagi ini, data Johns Hopkins University, menunjukkan 10,072,616 kes direkodkan.

Pada masa yang sama, jumlah kematian mencecah  500,321.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 2,544,169 kes dan kematian 125,768 diikuti Brazil yang merekodkan 1,344,143 kes dengan 57,622 kematian.

Rusia pula merekodkan 633,563 kes,  India 528,859 dan diikuti United Kingdom (UK) 312,640 kes.

Pakistan yang merekodkan 202,955 kes menyertai kumpulan melebihi 200,000 kes didahului  Peru 279,419, Chile 271,982, Sepanyol 248,770, Itali 240,310, Iran 222,669 dan Mexico 216,852.

Tiga negara lagi menghampiri 200,000 kes iaitu Perancis setakat pagi ini merekodkan 199,476 kes diikuti Turki 197,239 dan Jerman 194,693.

Arab Saudi pula merekodkan 182,493 kes, Afrika Selatan 138,134, Bangladesh 137,787 dan Kanada 105,153.

Sementara itu, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga merekodkan kematian tertinggi dengan 43,634 diikuti Itali 34,738, Perancis 29,781, Sepanyol 28,343, Mexico 26,648, India 16,095 dan Iran 10,508.

Related posts

Leave a Comment