Kes di Arab Saudi 145,991

ARAB Saudi pada Khamis, 18 Jun merekodkan 4,757 kes koronavirus Covid-19, jumlah harian kedua tertinggi selepas 4,919 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), jumlah kes kini 145,991 sementara 48 kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kematian 1,139. Sebanyak 2,253 pesakit yang positif dilaporkan pulih dan menjadikan jumlah kes pulih  meningkat kepada 93,915. Kes aktif pula 50,937 kes manakala kritikal 1,877. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 1,442 kes diikuti Makkah 399, Jeddah 300., Al Qattif 218, Madinah 191, Dammam 179, Hafouf 174 dan Khobar 162.

Read More

Enam kes baharu di Thailand

INDONESIA terus mencatatkan tambahan kes jangkitan Covid-19 apabila 1,331 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes 42,762 dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 63 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian berjumlah 2,339 orang. Katanya, sebanyak 17,923 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 664 kes, diikuti provinsi Jakarta (578 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (150) dan selebihnya di wilayah lain. SINGAPURA mengesahkan pertambahan 257 kes jangkitan…

Read More

Anak peneroka calon BN Chini

PEKAN : Anak peneroka generasi kedua Felda yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan Mohd Sharim Md Zain dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail membuat pengumuman calon BN itu di Pejabat UMNO Bahagian Pekan, hari ini 18 Jun. Katanya pemilihan Mohd Sharim, 41,  adalah tepat berikutan beliau merupakan anak setempat dan amat mengenali kepemimpinan Allahyarham Abu Bakar Harun serta rapat dengan penyandang DUN Chini itu yang meninggal dunia, 6 Mei lepas di Hospital Kuala…

Read More

NS ikut keluasan masjid

SEREMBAN : Semua masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan dibenarkan melaksanakan solat Jumaat bermula esok dengan jemaah mengikut keluasan masjid tetapi perlu memenuhi jarakan sosial. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata perkara itu telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz  Almarhum Tuanku Munawir.  “Jumlah jemaah bergantung pada keluasan masjid dan surau tetapi mesti kurang daripada kapasiti sebenar bagi mematuhi jarakan sosial,” katanya. Beliau berkata, semua masjid dan surau terbabit harus menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama yang dilaksanakan oleh lapan masjid pada dua Jumaat sebelum ini. Aminuddin…

Read More

Kelantan ikut kapasiti sebenar

KOTA BHARU: Mulai esok, umat Islam di Kelantan dibenar mengadakan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah serta aktiviti di masjid, surau dan musalla. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah memberi perkenan dengan dilaksanakan secara terkawal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). “Kehadiran jemaah adalah berdasarkan kapasiti sebenar (saiz masjid) setelah diambil kira keperluan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter termasuk di anjung dan pekarangan masjid dan surau. “Masjid dan surau hanya akan dibuka satu…

Read More

11 tempatan, 3 import

PUTRAJAYA : Sebanyak 14 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia adalah 8,529 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Hisham Abdullah. Dalam kenyataannya, beliau berkata, daripada 14 kes baharu, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Bagi 11 kes penularan di dalam negara pula, tujuh kes adalah bukan warganegara manakala empat kes adalah dalam kalangan warganegara. Beliau juga memberitahu, sebanyak 127 kes sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital pada…

Read More

Tidak semua masjid dibuka

LEBIH banyak masjid di Selangor akan dibuka esok untuk solat Jumaat dan berjemaah tetapi dengan bilangan jemaah mengikut ketetapan yang diputuskan Begitu juga dengan ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha yang terbatas kepada masjid yang disenaraikan sahaja. Menurut kenyataan akhbar Sultan Selangor, keputusan pembukaan masjid secara berperingkat itu meliputi solat Jumaat dan solat berjemaah  Subuh, Maghrib dan Isyak dibenarkan di 39 buah masjid yang  ditetapkan sebelum ini  dengan tambahan masjid di mukim seluruh Selangor yang dikategorikan zon hijau. Mengenai Solat Jumaat, jumlah jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah…

Read More

Pantau guna dexamethasone

GENEVA: Steroid dikenali sebagai dexamethasone yang didakwa membantu menyelamatkan nyawa pesakit Covid-19 yang serius wajar digunakan untuk mereka yang benar-benar memerlukannya. Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Michael Ryan menegaskan dexamethasone bukanlah ubat yang merawat virus berkenaan, justeru penggunaannya adalah di bawah pemantauan pakar perubatan. “Ini adalah ubat anti keradangan yang sangat kuat, ia boleh menyelamatkan nyawa mereka yang berada dalam keadaan serius, apabila paru-paru dan sistem kardiovaskular mereka mengalami keradangan,” katanya. Ubat ini membolehkan pesakit yang tidak dapat menyuntik oksigen kepada darah dari paru-paru untuk tempoh…

Read More

8.3 juta kes, 447,580 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia setakat 6.30 pagi waktu Malaysia kini mencecah 8.3 juta manakala kematian pula meningkat kepada 447,581 kes. Menurut data Johns Hopkins University, kes tertinggi dicatatkan oleh Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah kumulatif 2.15 juta kes dan 117,663 kematian. Brazil menduduki tempat kedua dengan 955,377 kes dan kematian 46,510 sementara Rusia pula melepasi angka setengah juta kes iaitu 552,549. Turut merekodkan kes jangkitan yang tinggi ialah India dengan 354,065 kes dan United Kingdom 300,717 kes. Empat lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Sepanyol 244,683, Peru 240,908, Itali…

Read More