8.3 juta kes, 447,580 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia setakat 6.30 pagi waktu Malaysia kini mencecah 8.3 juta manakala kematian pula meningkat kepada 447,581 kes.

Menurut data Johns Hopkins University, kes tertinggi dicatatkan oleh Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah kumulatif 2.15 juta kes dan 117,663 kematian.

Brazil menduduki tempat kedua dengan 955,377 kes dan kematian 46,510 sementara Rusia pula melepasi angka setengah juta kes iaitu 552,549.

Turut merekodkan kes jangkitan yang tinggi ialah India dengan 354,065 kes dan United Kingdom 300,717 kes.

Empat lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Sepanyol 244,683, Peru 240,908, Itali 237,828 dan Chile 220,628.

Sementara lapan lagi negara merekodkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Iran 195,051, Perancis 194,805, Jerman 188,604, Turki 182,727, Mexico 154,863, Pakistan 154,760, Arab Saudi 141,234 dan Kanada 101,478.

Bangladesh pula mencatatkan 98,489 kes mengatasi China yang merekodkan 84,434 sementara Qatar dan Afrika Selatan masing-masing merekodkan 83,174 dan 80,412 kes.

Mengenai kes kematian, statistik menunjukkan Itali merekodkan 34,448 kes diikuti Perancis 29,578, Sepanyol 27,136, Mexico 18,310, India 11,903, Belgium 9,675, Iran 9,185, Jerman 8,851, Kanada 8,312, Rusia 7,468, Peru 7,257 dan Netherlands 6,093.

Sweden dan Turki masing-masing mencatatkan 5,041 dan 4,861 kematian, mengatasi  China yang merekodkan 4,638 kes.

Related posts

Leave a Comment