11 tempatan, 3 import

PUTRAJAYA : Sebanyak 14 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia adalah 8,529 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Hisham Abdullah.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, daripada 14 kes baharu, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Bagi 11 kes penularan di dalam negara pula, tujuh kes adalah bukan warganegara manakala empat kes adalah dalam kalangan warganegara.

Beliau juga memberitahu, sebanyak 127 kes sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya sebanyak 8,000 kes atau 93.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, tiada kematian berkaitan Covid-19 direkodkan di negara ini dan jumlah

kematian kekal sebanyak 121 atau 1.42 peratus daripada jumlah kes keseluruhan, katanya.

Setakat ini, seramai empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

 

Related posts

Leave a Comment