Kes di Arab Saudi 145,991

ARAB Saudi pada Khamis, 18 Jun merekodkan 4,757 kes koronavirus Covid-19, jumlah harian kedua tertinggi selepas 4,919 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), jumlah kes kini 145,991 sementara 48 kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kematian 1,139.

Sebanyak 2,253 pesakit yang positif dilaporkan pulih dan menjadikan jumlah kes pulih  meningkat kepada 93,915. Kes aktif pula 50,937 kes manakala kritikal 1,877.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 1,442 kes diikuti Makkah 399, Jeddah 300., Al Qattif 218, Madinah 191, Dammam 179, Hafouf 174 dan Khobar 162.

Related posts

Leave a Comment