NS ikut keluasan masjid

SEREMBAN : Semua masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan dibenarkan melaksanakan solat Jumaat bermula esok dengan jemaah mengikut keluasan masjid tetapi perlu memenuhi jarakan sosial.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata perkara itu telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz  Almarhum Tuanku Munawir. 

“Jumlah jemaah bergantung pada keluasan masjid dan surau tetapi mesti kurang daripada kapasiti sebenar bagi mematuhi jarakan sosial,” katanya.

Beliau berkata, semua masjid dan surau terbabit harus menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama yang dilaksanakan oleh lapan masjid pada dua Jumaat sebelum ini.

Aminuddin juga berkata bagi masjid dan surau di kawasan kampung, memadai mereka merekodkan kehadiran jemaah secara manual berbanding mengimbas kod QR yang dilaksanakan di sesetengah masjid dan surau lain di negeri itu.

Related posts

Leave a Comment