Arab Saudi catat 4,267 kes

ARAB Saudi merekodkan 4,267 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes terkumpul 136,315. Jumlah kes harian itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,507 semalam Kementerian Kesihatan juga mengumumkan dalam tempoh yang sama, 41 kematian baharu dilaporkan yang membawa kepada 1,052 orang. Jumlah kes aktif pula 45,723 manakala kes kritikal 1,910 sementara kes pulih pula meningkat kepada 89,540 termasuk 1,650 kes sembuh yang dicatatkan hari ini. Sementara itu, Riyadh masih mendahului kes tertinggi dengan catatan 1,629 kes, turun sedikit berbanding 1,658 semalam. Ini diikuti Jeddah 477 kes, Makkah 224, Hafouf…

Read More

Kes di Indonesia 40,400

SINGAPURA mengesahkan 151 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan 40,969 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat dua kes dalam komuniti, kedua-duanya pemegang pas kerja. Tiada kes warga Singapura atau penduduk tetap. Terdapat 243 kes masih dirawat di hospital semalam dengan dua dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi manakala 26 kematian dicatatkan. Setakat tengah hari Isnin, sebanyak 30,366 atau kira-kira 74 peratus daripada jumlah pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan. INDONESIA kini merekodkan 40,400 kes dengan jumlah kematian 2,231 kes .Bagi tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini, republik…

Read More

Kes tempatan 10, import 1

PUTRAJAYA: Sebanyak 11 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini 8,505 kes. Daripada 11 kes, satu adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara dan daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam adalah bukan warganegara, manakala empat warganegara Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 651 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Seramai 333 individu pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya 7,733 kes iaitu 90.9…

Read More

Kematian ketiga di Brunei

PESAKIT terakhir daripada 141 kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan Brunei Darussalam akibat jangkitan Covid-19 meninggal dunia pukul 7.35 malam semalam. Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar pada sidang media  situasi terkini jangkitan Covid-19 petang ini berkata, pesakit, seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun merupakan kes yang ke-122.  Allahyarham dirawat di pusat itu sejak disahkan dijangkiti Covid-19 pada 28 Mac lalu selepas mengalami tanda-tanda jangkitan pada 23 Mac yang kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU) pada 30 Mac. Menurut Dr. Awang Md Isham, Allahyarham didapati negatif bagi…

Read More

Rais Yatim muncul lagi

TUAH ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu. Begitulah nasib yang memihak kepada mantan menteri Kabinet, Rais Yatim yang sentiasa mendapat tempat. Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu, antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini, 16 Jun. Kesemua mereka merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Upacara angkat sumpah  itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran. Selain Rais yang merupakan bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan dan…

Read More

Kegiatan agama ambil masa

BEBERAPA kegiatan termasuk perhimpunan keagamaan akan mengambil masa yang lebih lama sebelum ia dibenarkan semula di Singapura, kata Menteri Pembangunan Negara, Lawrence Wong. Beliau berkata kegiatan itu melibatkan jumlah ramai orang yang berkemungkinan berada dalam jarak dekat, biasanya di tempat tertutup atau berlangsung dalam waktu yang berpanjangan. Berdasarkan pengalaman Singapura dan negara lain persekitaran seumpama itu boleh mendatangkan risiko lebih tinggi dan menjadi pencetus besar penularan atau atau ‘super spreader’. Beliau berkata demikian pada sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) menerusi video semalam. Mulai Jumaat ini (19 Jun) kebanyakan…

Read More

Warisan, UPKO masih kukuh

PARTI Warisan Sabah (Warisan) menyifatkan tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas adalah untuk kepentingan diri dan bukannya rakyat. Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Dr Yusof Yacob berkata, tindakan itu bukan untuk rakyat tetapi dipercayai menerima tekanan dan perlu terus bersama Kerajaan Persekutuan hingga mereka berpaling tadah serta menyokong PN. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Kerajaan Sabah mengambil maklum mengenai pengumuman keluar parti ADUN Kuala Penyu, Limus Jury dan ADUN Sugut, James Ratib. Dr Yusof yang…

Read More

Terus waspada Covid-19

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta semua negara supaya terus berwaspada dengan penularan wabak Covid-19 kerana risiko penularan belum berakhir walaupun di negara yang sudah berjaya mengekang virus itu. Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus mengingatkan demikian ketika penularan semula berlaku di China. “Semua negara perlu kekal berwaspada dengan kemungkinan penularan semula. Minggu lepas China melaporkan kluster kes baharu di Beijing selepas 50 hari tanpa kes, “ katanya dalam sidang media di Geneva pada Isnin. Setakat ini China mengesahkan lebih 100 kes baharu dan sehingga kini punca penularan masih…

Read More

Dunia catat 8 juta kes jangkitan

KES positif Covid-19 di seluruh dunia sehingga awal pagi ini 16 Jun mencecah 8 juta dengan kematian 434,536, demikian menurut data Johns Hopkins University. Amerika Syarikat (AS) dan Brazil mendahului jumlah kes dan kematian dengan AS mencatatkan 2,110,182 kes dan 116,090 kematian manakala Brazil dengan 867,624 kes dan 43,959 kematian. Ini diikuti Rusia yang merekodkan 536,484 kes dan India 332,424, Empat lagi negara melebihi 200,000 kes didahului United Kingdom (UK) yang merekodkan 298,315, Sepanyol 244,109, Itali 237,290 dan Peru 229,736 Kanada menyertai lapan negara lain berada dalam kelompok kes jangkitan…

Read More