Kes di Indonesia 40,400

SINGAPURA mengesahkan 151 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan 40,969 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat dua kes dalam komuniti, kedua-duanya pemegang pas kerja. Tiada kes warga Singapura atau penduduk tetap.

Terdapat 243 kes masih dirawat di hospital semalam dengan dua dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi manakala 26 kematian dicatatkan.

Setakat tengah hari Isnin, sebanyak 30,366 atau kira-kira 74 peratus daripada jumlah pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan.

INDONESIA kini merekodkan 40,400 kes dengan jumlah kematian 2,231 kes .Bagi tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini, republik itu mencatatkan 1,106 kes positif baharu dengan 33 lagi kematian.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto,

jumlah pesakit dalam pemantauan ialah seramai 13,510 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 637 kes, diikuti provinsi Jakarta (557 kes), Jawa Barat (162), Kalimantan Selatan (135) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 16 Jun 2020, melaporkan jumlah kes Covid-19 sebanyak 26,781, termasuk 249 kes terkini dan 115 kes lewat lapor.

Jabatan Kesihatan (DOH) juga memaklumkan, lima kematian menjadikan 1,103 kes.

Bagi tempoh yang sama, DOH mengumumkan 301 kes pulih yang membawa jumlah kes sembuh 6,552.

THAILAND sekali lagi merekodkan pencapaian semalam apabila tiada sebarang kes jangkitan baharu dan kematian dilaporkan akibat wabak Covid-19. Setakat ini jumlah kes kekal 3,135 dengan 58 kematian sejak Januari.

Sebanyak enam pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah kes pulih 2,993 manakala 84 lagi pesakit masih menerima rawatan di hospital.

Daripada 3,135 kes itu sebanyak 2,444 kes adalah berkaitan jangkitan tempatan sementara 198 kes kuarantin yang disediakan kerajaan.

Related posts

Leave a Comment