Rais Yatim muncul lagi

TUAH ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu. Begitulah nasib yang memihak kepada mantan menteri Kabinet, Rais Yatim yang sentiasa mendapat tempat.

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu, antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini, 16 Jun.

Kesemua mereka merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Upacara angkat sumpah  itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran.

Selain Rais yang merupakan bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan dan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, turut mengangkat sumpah hari ini ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang juga ahli Bersatu.

Tiga lagi ialah Naib Presiden Pas Idris Ahmad; Ketua Dewan Penyokong Pas N Balasubramaniam; dan bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip.

Dewan Negara mempunyai 70 senator dengan 26 dilantik oleh 13 negeri manakala 44 lagi dilantik Yang di-Pertuan Agong termasuk dua bagi Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur dan satu untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Tempoh jawatan adalah tiga tahun atau sepenggal dan seseorang senator hanya boleh dilantik semula sekali sahaja untuk dua penggal berturut.

Related posts

Leave a Comment