Kes tempatan 10, import 1

PUTRAJAYA: Sebanyak 11 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini 8,505 kes.

Daripada 11 kes, satu adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara dan daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam adalah bukan warganegara, manakala empat warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 651 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Seramai 333 individu pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya 7,733 kes iaitu 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Daripada jumlah individu yang pulih itu, 307 daripadanya merupakan bukan warganegara, manakala 26 kes dalam kalangan warganegara.

Related posts

Leave a Comment