KES positif Covid-19 di seluruh dunia sehingga awal pagi ini 16 Jun mencecah 8 juta dengan kematian 434,536, demikian menurut data Johns Hopkins University.
Amerika Syarikat (AS) dan Brazil mendahului jumlah kes dan kematian dengan
AS mencatatkan 2,110,182 kes dan 116,090 kematian manakala Brazil dengan 867,624 kes dan 43,959 kematian.
Ini diikuti Rusia yang merekodkan 536,484 kes dan India 332,424,
Empat lagi negara melebihi 200,000 kes didahului United Kingdom (UK) yang merekodkan 298,315, Sepanyol 244,109, Itali 237,290 dan Peru 229,736
Kanada menyertai lapan negara lain berada dalam kelompok kes jangkitan melebihi 100,000, iaitu Perancis 194,305, Iran 189,876, Jerman 187,682, Turki 179,831, Chile 179,436, Mexico 146,837, Pakistan 144,478, Arab Saudi 132,048 dan Kanada 100,707.
Bangladesh pula menghampiri 100,000 kes dengan catatan 90,619 kes mengatasi China yang merekodkan 84,339 kes.
Sementara itu, Brazil dan United Kingdom mencatatkan lebih 40,000 kematian, menduduki tempat kedua dan ketiga iaitu masing-masing 43,959 dan 41,821.
Itali pula 34,371 diikuti Perancis 29,439, Sepanyol 27,136 dan Mexico 17,141.
Belgium merekodkan 9,661, India 9,520, Iran 8,950, Jerman 8,807, Kanada 8,228, Rusia 7,081, Peru 6,688, Netherlands 6,084, Sweden 4,891, Turki 4,825 dan China 4,638.