Arab Saudi catat 4,267 kes

ARAB Saudi merekodkan 4,267 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes terkumpul 136,315. Jumlah kes harian itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,507 semalam

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan dalam tempoh yang sama, 41 kematian baharu dilaporkan yang membawa kepada 1,052 orang.

Jumlah kes aktif pula 45,723 manakala kes kritikal 1,910 sementara kes pulih pula meningkat kepada 89,540 termasuk 1,650 kes sembuh yang dicatatkan hari ini.

Sementara itu, Riyadh masih mendahului kes tertinggi dengan catatan 1,629 kes, turun sedikit berbanding 1,658 semalam.

Ini diikuti Jeddah 477 kes, Makkah 224, Hafouf 200, Dammam 192, Khobar 132, Qattif 116, dan Madinah 100.

Related posts

Leave a Comment